Sunday 20 October 2013

Terlalu banyak jenis donat yang terdapat dalam dunia ini. Antaranya:

1. Tim Bits adalah salah satu makanan yang popular di Kanada. Adunan membuat serta rasanya sama sama dengan donat. Bezanya, Tim Bits hanya berukuran sebesar lubang donat.

2. Di Poland ada Paczki merupakan kek "donat" yang di isi sebelum digoreng

3. Loukoumades adalah makanan yang biasa disajikan ketika festival atau karnival di Greece. Selepas digoreng, donat ini disiram dengan sirap madu dan ditaburi gula, kacang, atau biji bijan.


4. Di Indian ada Gulab Jamun, donat manis yang biasa disajikan dimajlis pernikahan. Sedap dimakan ketika panas.




5. , Di Venice, Itali, dikenali makanan Frittole. Mirip seperti donat namun dicampur dengan buah-buahan kering dan kulit oren sebelum digoreng dan disajikan ketika pesta besar.



6. Churros, adalah makanan ringan yang mudah diperolehi di tepi jalan Sepanyol. Dimakan ketika panas dan ditaburi gula halus atau kayu manis.



Banyak lagi jenis-jenis donat yang tak dapat saya muatkan ke dalam blog ini. Jika anda berminat nak tahu, anda boleh cari di Google... Bagi pengusaha donat, ini peluang terbaik untuk anda mempelbagai jenis donat. Pelanggan mudah tertarik dengan rupa donat yang berlainan :-)

Sunday 13 October 2013

Donat adalah diantara makanan diet yang terbaik di dunia dan ini bukan lawak. Diet ini sangat mudah untuk dilakukan. Anda boleh makan sebanyak mana pun donat yang Anda mahu tetapi Anda perlu memperbanyakkan minum air putih. Tidak kira jenis donat apa yang Anda ingin makan. Anda boleh makan 24 biji donat sehari. Para doktor dari University of Miami berkata jika Anda benar-benar menuruti aturan ini, Anda boleh menurunkan 25kg berat badan dalam 3 bulan! Mereka juga mengingatkan bahawa cara ini hanya baik dilakukan untuk jangka pendek saja
Renung-renungkan
https://www.facebook.com/pages/Namaku-Donat/526471060762113



Saturday 5 October 2013

Donut adalah kuih yang biasanya digoreng dan berbentuk seperti cincin "belah rotan". Ramuan yang biasa digunakan ialah tepung gandum, mauripan, gula, minyak tetapi dengan peredaran zaman, resepi donut telah diubah suai mengikut kegemaran pengikutnya. Kini terdapat kedai yang mempopularkan donut sehingga kita boleh menemuinya samada di pasaraya atau dikedai-kedai makanan segera.


Di kampung, donut bergula lebih popular berbanding dibandar yang mempunyai pelbagai rupa dan rasa. Selain kos yang rendah, donut bergula amat digemari dikawasan luar bandar malah sesiapa sahaja akan mudah menemuinya di ceruk-ceruk kampung.


Donut coklat lebih diminati oleh anak kecil dan kaum wanita berbanding kaum lelaki kerana rasa coklat yang kurang manis dan coklatnya bersalut pekat. Donut memang enak dimakan pada waktu petang bersama-sama dengan minuman panas seperti kopi..em, terliur pula rasanya bila teringatkan keenakkan donut diminum bersama minum panas...

Apa kata, sekejap lagi kita pergi mencari donut...





Thursday 3 October 2013

Alhamdulillah, hari ini dalam sejarah kerana di pagi Jumaat yang penuh berkat ini, saya telah berjaya membuat blog khas untuk Namaku Donut. Blog ini khusus menceritakan tentang dunia donut khasnya dan makanan amnya. Saya akan berkongsi tips dan info yang berguna untuk anda berkaitan donut kerana kepakaran saya memang dalam dunia donut dan rasa teramat rugi jika menyimpan ilmu seorang diri sedangkan bila saya berkongsi ilmu, insya Allah saya akan perolehi kepuasan kerana telah membantu anda mendapatkan maklumat.

Saya berharap, anda akan bersama-sama dengan saya untuk membangunkan industri donut hehe

Jangan lupa untuk ikuti perkembangan semasa Namaku Donat di fanpage khas kami iaitu
https://www.facebook.com/pages/Namaku-Donat/526471060762113