Saturday 5 October 2013

Donut adalah kuih yang biasanya digoreng dan berbentuk seperti cincin "belah rotan". Ramuan yang biasa digunakan ialah tepung gandum, mauripan, gula, minyak tetapi dengan peredaran zaman, resepi donut telah diubah suai mengikut kegemaran pengikutnya. Kini terdapat kedai yang mempopularkan donut sehingga kita boleh menemuinya samada di pasaraya atau dikedai-kedai makanan segera.


Di kampung, donut bergula lebih popular berbanding dibandar yang mempunyai pelbagai rupa dan rasa. Selain kos yang rendah, donut bergula amat digemari dikawasan luar bandar malah sesiapa sahaja akan mudah menemuinya di ceruk-ceruk kampung.


Donut coklat lebih diminati oleh anak kecil dan kaum wanita berbanding kaum lelaki kerana rasa coklat yang kurang manis dan coklatnya bersalut pekat. Donut memang enak dimakan pada waktu petang bersama-sama dengan minuman panas seperti kopi..em, terliur pula rasanya bila teringatkan keenakkan donut diminum bersama minum panas...

Apa kata, sekejap lagi kita pergi mencari donut...





Tagged:

0 comments:

Post a Comment