Sunday 20 October 2013

Terlalu banyak jenis donat yang terdapat dalam dunia ini. Antaranya:

1. Tim Bits adalah salah satu makanan yang popular di Kanada. Adunan membuat serta rasanya sama sama dengan donat. Bezanya, Tim Bits hanya berukuran sebesar lubang donat.

2. Di Poland ada Paczki merupakan kek "donat" yang di isi sebelum digoreng

3. Loukoumades adalah makanan yang biasa disajikan ketika festival atau karnival di Greece. Selepas digoreng, donat ini disiram dengan sirap madu dan ditaburi gula, kacang, atau biji bijan.


4. Di Indian ada Gulab Jamun, donat manis yang biasa disajikan dimajlis pernikahan. Sedap dimakan ketika panas.




5. , Di Venice, Itali, dikenali makanan Frittole. Mirip seperti donat namun dicampur dengan buah-buahan kering dan kulit oren sebelum digoreng dan disajikan ketika pesta besar.



6. Churros, adalah makanan ringan yang mudah diperolehi di tepi jalan Sepanyol. Dimakan ketika panas dan ditaburi gula halus atau kayu manis.



Banyak lagi jenis-jenis donat yang tak dapat saya muatkan ke dalam blog ini. Jika anda berminat nak tahu, anda boleh cari di Google... Bagi pengusaha donat, ini peluang terbaik untuk anda mempelbagai jenis donat. Pelanggan mudah tertarik dengan rupa donat yang berlainan :-)

0 comments:

Post a Comment