Donut
adalah kuih yang biasanya digoreng dan berbentuk seperti cincin "belah
rotan". Ramuan yang biasa digunakan ialah tepung gandum, mauripan, gula,
minyak tetapi dengan peredaran zaman, resepi donut telah diubah suai
mengikut kegemaran pengikutnya. Kini terdapat kedai yang mempopularkan
donut sehingga kita boleh menemuinya samada di pasaraya atau
dikedai-kedai makanan segera.
Di
kampung, donut bergula lebih popular berbanding dibandar yang mempunyai
pelbagai rupa dan rasa. Selain kos yang rendah, donut bergula amat
digemari dikawasan luar bandar malah sesiapa sahaja akan mudah
menemuinya di ceruk-ceruk kampung.

Donut
coklat lebih diminati oleh anak kecil dan kaum wanita berbanding kaum
lelaki kerana rasa coklat yang kurang manis dan coklatnya bersalut
pekat. Donut memang enak dimakan pada waktu petang bersama-sama dengan
minuman panas seperti kopi..em, terliur pula rasanya bila teringatkan
keenakkan donut diminum bersama minum panas...
Apa kata, sekejap lagi kita pergi mencari donut...
0 comments:
Post a Comment